~~~Selamat Menyambut Kehadiran Ramadhan Al Mubarak~~~


- Dari Abu Hurairah r.a -
Nabi s.a.w bersabda
apabila bulan ramadhan telah datang,
maka dibukalah
pintu-pintu syurga
ditutup pula pintu-pintu neraka
dan di ikatlah semua syaitan

(Muttafaqun Alaih)


sesungguhnya dalam ramadhan itu
antaranya terkandung 3 fasa
bagi orang orang yang menghargai ramadhan
10 hari pertama=di isi rahmat daripada Allah
10 hari kedua=dihiasi dengan keampunan
10 hari terakhir=di beri pelepasan dari api neraka

dan di antara fasa fasa tersebut terkandungnya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan
iaitu malam Lailatul-Qadr

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran)
pada Lailatul-Qadr
Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?
Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah al-Qadr: 1-3)

Maksudnya, beramal pada malam tersebut
seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran
lebih utama dari amalan selama seribu bulan
yang tidak mempunyai Lailatul-Qadr.



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

~~~Bulan ALLAH~~~
bulan yang paling istimewa daripada bulan-bulan yang lain :)




ucapan tulus ikhlas dari ku
kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat
moga moga kita sempat menunaikan
ramadhan ini dengan sempurna dan penuh ketaqwaan

semoga ramadhan kali ini penuh makna
kerana belum tentu kita sempat
untuk bertemu ramadhan yang akan datang

"maka dengan itu ingin daku ucapkan :)"

----SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA----








Islam Ornamental Art
[ bulan ramadhan | adalah bulan ALLAH | tunaikan ia | sebagai persembahan kita kepada ALLAH | buatlah sebaik baik persembahan untuk NYA | jadikan ramadhan ini penuh makna buat kita | kerana belum tentu kita akan merasai bulan ramadhan yang akan datang sekali lagi | semoga kita mndapat redha , hidayah dan petunjuk dari ALLAH | selamat menunaikan IBADAH PUASA :)]